Politik

Parlimen Terpaksa Lewat Kerana Hanya 19 MP Hadir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 21 September 2021 – Sidang Dewan Rakyat sesi petang Selasa terpaksa dimulakan lewat memandangkan hanya 19 orang Ahli Parlimen yang hadir, kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.

Jumlah kehadiran minimum Ahli Parlimen yang perlu ada bagi sidang Parlimen hendaklah sekurang-kurangnya 26 orang tidak termasuk pengerusi, menurut Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Bilangan 13 (1).

Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin telah membangkitkan isu kehadiran Ahli Parlimen yang tidak cukup korum itu semasa Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon mahu memulakan sesi perbahasan titah diraja.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat mendapati hanya 19 orang Ahli Parlimen sahaja yang berada di dalam Dewan Rakyat ketika itu.

Bentara Dewan Rakyat terpaksa membunyikan loceng sekali lagi bagi memanggil para Ahli Parlimen yang lain memasuki dewan agar persidangan dapat dimulakan.

Setelah bunyi loceng kedengaran, barulah lapan lagi Ahli Parlimen datang menyertai persidangan tersebut lalu mencukupkan jumlah minimum kehadiran bagi memulakan mesyuarat.

Sebelum ini, seramai 107 orang Ahli Parlimen termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng membuat perhimpunan di Dataran Merdeka kerana tidak dapat memasuki Parlimen pada bulan lepas.

 

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button