Tempatan

Isu Lambakan Ayam, Penternak Gesa Kerajaan Benarkan Eksport

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SIMPANG EMPAT, 29 Julai 2022 – Kerajaan perlu bertindak membenarkan eksport ayam sebagai langkah mengurangkan lambakan ayam di negara ini, ujar Mazlina Kamarudin, Pengarah Urusan sebuah syarikat pengeluaran ayam tempatan.

Beliau mencadangkan agar kerajaan membenarkan eksport ayam sebanyak 50 peratus untuk membantu para peniaga daripada mengalami kerugian yang teruk.

“Saya mohon kurangkan sekatan sebanyak 50 peratus dahulu. Di samping itu beri amaran kepada penternak supaya bekalan di dalam mencukupi dan tidak berlebihan. Jika berlaku lebihan seperti sekarang inilah akhirnya akan membunuh penternak,” tegasnya.

Tambah Mazlina, “Bekalan untuk ayam hidup kini mengalami lambakan di pasaran, malah saiz ayam itu sendiri meningkat sehingga menjadi tiga kilogram untuk seekor. Sudah tentu dengan saiz besar begitu sukar untuk penternak jual di pasaran.”

Katanya, sekatan eksport ayam turut memberi kesan kepada penternak ayam kecil dan sederhana apabila rata-rata mereka terpaksa menjual ayam pada harga rugi dan bersaing sesama sendiri.

Dalam pada itu, penternak ayam di ibu kota juga terpaksa menjual ayam pada harga yang rendah kerana tidak mempunyai banyak pilihan. Pihak pemborong turut menekan penternak bagi mendapatkan harga ayam yang tidak munasabah.

Dalam perkembangan yang sama, beliau memaklumkan bahawa kebanyakan penternak menyahut gesaan kerajaan untuk memastikan bekalan ayam cukup dan harga terkawal. Namun kerana tiada pasaran, mereka menjadi panik dan menawarkan harga rendah.

Sebelum ini, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah memutuskan sekatan eksport ayam melibatkan bekalan ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan untuk mengukuhkan sekuriti bekalan makanan negara dan kestabilan harga makanan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: