AntarabangsaSurat Pembaca

Parlimen India Rai Sami Bogel, Muslimah India Dinafikan Hak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

1. Begitu khusyuk dan syahdunya ahli-ahli politik India mendengar ceramah menginsafkan tentang betapa pentingnya kedudukan wanita dalam masyarakat India oleh seorang sami bertelanjang bulat dalam Parlimen!

2. Ya, sami itu bertelanjang bulat. Anda tidak tersalah baca. Memang telanjang bulat, bogel. Tidak ada apa pun yang tutup seluruh tubuhnya, termasuk bahagian sulit. Tak ada langsung, nada. Seurat benang pun tak ada untuk tutup mana-mana pun sosok tubuhnya yang mungil itu.

BACA: Gadis Berhijab Berdepan Segerombolan Pelampau Hindu Demi Syiar Islam

BACA: Mahkamah Tinggi India Perintah Muslimah Tanggal Tudung Untuk Dapatkan Pendidikan

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

3. Perkara ini dipuji oleh banyak media, termasuk media antarabangsa yang memuji keikhlasan ahli politik Hindu India menerima dengan ikhlas kebogelan sami itu demi menunjukkan betapa negara India meraikan hak berpakaian (baca hak tak berpakaian) mengikut acuan kebebasan keagamaan rakyatnya…

4. Tapi baru-baru ini, ternyatalah keikhlasan toleransi pemimpin India pada tatacara berpakaian keagamaan hanya pada mereka yang teringin menayangkan kebogelan mutlaknya tertancap di hadapan muka mereka atas nama agama.

5. Manakala pelajar Muslimah yang ingin meneruskan pengajian mereka dengan pakaian yang bertutup sopan seiring Syariah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W ingin dilondehkan secara paksa sesuai dengan selera nafsu gelojoh rakus pemimpin negara sana!

6. Pelampau-pelampau Hindu berselendang saffron yang disokong dan menyokong kerajaan bebas menceroboh premis pengajian, menggertak dan melakukan pelbagai serangan pada para pelajar Muslimah yang sedang belajar tanpa campur tangan pihak berkuasa.

7. Mahkamah di sana juga memberi kata putus mengharamkan pemakaian hijab di dalam kawasan sekolah dan kolej, dan keputusan itu menguatkan lagi semangat pasukan orang awam yang secara sukarela menyertai gerakan pergi melondehkan secara paksa hijab dan jubah pelajar, guru dan pensyarah Muslimah di hadapan premis pendidikan setiap pagi.

8. Para pemimpin India berdegil untuk teruskan agenda pelondehan pakaian kaum wanita Muslimah di sana, mungkin mereka terlupa isi kandungan ceramah sami bogel itu untuk memartabatkan kedudukan wanita di India. Dey, para pelajar Muslimah berhijab itu pun wanita juga la!

9. Pelik. Mungkin mereka gagal perasan dan menghayati isi kandungan ceramah itu kerana kagum terkesima terpukau dengan keanggunan paras tubuh sami itu…entahlah. Mungkin.

10. Tapi yang lebih pelik lagi ajaib adalah kebisuan para pemimpin negara Islam sendiri, semua pemimpin tanpa mengira kedudukan dalam lapisan masyarakat.

11. Di mana suara solidariti pemimpin negara-negara Islam, pemimpin NGO Islam, pemimpin masjid, pemimpin surau masjid kita?

12. Mana surat bantahan ke kedutaan? Mana petisyen? Mana pergi semua segala jenis demonstrasi umum dan suara tegas seruan memboikot produk buatan mereka demi menyampaikan mesej solidariti kita dengan umat Islam di sana?

13. Takat OIC (baca Oh I See) sahaja ke?

14. Adakah kesenyapan ini membawa maksud para pemimpin kita juga sedang turut sama terkesima dan terpukau dengan lenggok tubuh mempesona sami bogel itu sepertimana para pemimpin Parlimen India itu?

15. Oh I See You Swami Ji!

– Yang Berpakaian-

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: