Tempatan

Menyambut Sejarah Bangsa Bukan Rasisme

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Februari 2023 – Menyambut sejarah bangsa tidak boleh dipanggil rasis, namun haruslah dipanggil bangga dengan jati diri.

Menurut pengarang buku ‘Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata’, Puan Sri Fatini Yaacob, semua bangsa di dunia mempunyai sifat itu, iaitu sifat bangga dengan jati diri sendiri maka panggilan rasis itu sama sekali tidak sesuai digunakan untuk pejuang sejarah bangsa.

BACA JUGA: Nabi Adam AS Ada Intellectual Capacity Untuk Terima Wahyu & Ajaran

BACA JUGA: OPR Naik. Harga Barang Naik?

BACA JUGA: Polis Buru Individu Terlibat ‘Rusuhan Ipoh’

“Bangsa itu mesti ada jati diri dia sendiri. Semua bangsa di dunia macam itu. Mana boleh dipanggil rasis, yang dipanggil bangga dengan jati diri, inilah dia.”

Beliau berkata demikian apabila ditanya adakah bangsa Melayu bersifat rasisme kerana menyambut sejarah bangsa sendiri.

Selain itu, Puan Sri Fatini Yaacob turut menegaskan, tidak akan mundur sesuatu bangsa jika mereka mempelajari sejarah bangsa sendiri.

Malah katanya, sejarah lalu adalah penubuhan untuk lebih cemerlang masa depan.

“Ibarat tidak ada cermin belakang, tidak nampak masa depan.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Forum Peradaban Melayu anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP).

Forum yang diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu diadakan bagi merungkai dan berkongsikan segala fakta berkaitan sejarah peradaban alam Melayu serta segala kehebatan bangsa Melayu zaman kuno yang jarang dikongsikan kepada umum.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: