Papan Tanda Tanah Melayu, Sabah & Sarawak Mesti Hormati MA63 – Buzze Azam
Kota Kinabalu – Melalui akaun TikToknya yang dimuatkan hari ini, Peguam Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Buzze Azam, menggesa papan-papantanda ketibaan di pintu masuk lapangan terbang di Sabah dan Srawak ditukar. Kota Kinabalu.
Menurutnya, papan tanda yang wujud sekarang ialah papan tanda yang memaparkan ketibaan rakyat Malaysia dari Semenanjung. Menurutnya, di dalam Perjanjian Malaysia 1963, istilah Semenanjung tindak digunakan. Menurutnya lagi, perjanjian yang dimeterai pada 1963 itu, ialah perjanjian yang melibatkan Tanah Melayu atau Malaya dengan Sabah dan Sarawak.
“Sabah dan Sarawak meminta Kerajaan Malaysia menghormati semangat Perjanjian Malaysia 1963. Dan menggelupurlah Kerajaan Malaysia, tak kira siapa Kerajaan, menggelupur untuk menghormati Perjanjian Malaysia 1963. Pada masa yang sama saya rasa, Sabah dan Sarawak pun, kena menghormati Perjanjian Malaysia 1963 juga.
Kerana Perjanjian Malaysia 1963 ditandatangani oleh Sarawak, Sabah dan Malaya.. Tanah Melayu. So tidak ada semenanjung dekat situ. Semenanjung ini bukan Kerajaan. Semenanjung ini bukan Kawasan. Tidak ada istilah semenanjung Malaysia dalam Perlembagaan.
Tidak ada istilah Semenanjung Malaysia, Semenanjung Malaya di dalam Perjanjian Malaysia 1963. Yang ada hanyalah Malaya atau pun Tanah Melayu. Jadi, saya berharap agar papan tanda sebegini dapat ditukar segera oleh Kerajaan negeri Sabah dan Sarawak. Tulis di situ ketibaan Tanah Melayu atau pun ketibaan Malaya. Bukan Ketibaan Semenanjung. Kalau kamu nak Malaya menghormati kamu, maka kamu juga perlu menghormati Malaya.”
@buzzeazam #CapCut ♬ original sound – Buzze Azam