NGO

Pembela Gesa PN, BN, GPS, GRS Bergabung Bentuk Kerajaan Segera

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

1. Keputusan PRU-15 telah melabuhkan tirainya. Segala yang ditentukan Allah SWT telah berlaku, dan sebagai hamba-hambaNya kita semua wajib menerima ketetapan ini.

2. Sehingga ke saat kenyataan ini ditulis, masih belum ada mana-mana Perikatan Parti Politik dapat membentuk Kerajaan dengan majoriti mudah 112 Kerusi.

3. Apa yang berlaku di dalam PRU-15 kali ini, telah dijangkakan. Apapun ia membuka ruang untuk ahli politik Islam mengenepikan ego dan bersama demi untuk memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara.

4. Pelbagai formula untuk menyelamatkan kuasa politik umat Islam telah dilontarkan sejak semalam. Islam mengajar kita bahawa kekuatan politik umat Islam sentiasa bermula dengan sikap bertolak ansur semua pihak menuju kearah kesatuan.

5. Kami, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) ingin mendesak semua pihak dan parti berkepentingan umat Islam untuk mengenepikan segala sentimen permusuhan dan ego, untuk kembali ke meja rundingan dan membentuk satu Pakatan Politik Islam pelbagai parti demi kebaikan semua.

6. Sebagaimana kenyataan media kami yang dikeluarkan pada 9 November 2022, ketidakstabilan politik akibat strategi berpecah untuk menentukan siapa ‘Abang Besar’, telah menyebabkan keadaan ini berlaku pada hari ini.

7. Kami mendesak Perikatan Nasional, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah untuk bergabung membentuk Kerajaan yang stabil dengan 131 kerusi untuk kebaikan seluruh rakyat Malaysia. Gabungan ini yang rata-ratanya, mempunyai kesamaan ideologi politik akan membentuk sebuah kerajaan yang lebih stabil dari mana-mana gabungan politik yang rencam ideologi.

8. Kerajaan yang stabil akan dapat memberi fokus kepada proses pemulihan negara dalam semua aspek kedaulatan negara, ekonomi, pengukuhan ringgit, kebajikan rakyat, pembangunan dan pelbagai perkara lagi.

9. Kami mendesak supaya gabungan ini direalisasikan dengan segera dan mendoakan supaya Allah melimpahkan kebijaksanaan dan memadamkan ego permusuhan dari kalangan semua parti-parti politik berkepentingan Islam, Melayu & agenda bumiputera untuk kebaikan Agama, Bangsa dan Tanahair.

10. PH yang juga mempunyai perwakilan yang signifikan, boleh dilihat sebagai sebahagian komponen penting dalam pembentukan politik untuk tujuan semak dan seimbang dengan berfungsi sebagai pembangkang yang efektif. PH perlu bermuhasabah dan menerima naratif perjuangan Melayu Islam tetap kuat menjadi kehendak rakyat Malaysia.

Mahmud Hishamuddin Bin Abdul Rashid
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: