Tempatan

Pameran Solo Kedua Raja Permaisuri Agong

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Februari 2022 – Pameran Solo Seni Kraf Batik Raja Permaisuri Agong buat kali kedua bersempena Hari Kraf Kebangsaan 2022 akan berlangsung pada 23 Februari hingga 7 Mac 2022 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.

Pameran Batik ini secara tidak langsung akan menjadi pameran solo kedua buat Raja Permaisuri Agong selepas Pameran Beragi Pahang yang pertama dijalankan pada tahun 2020 lalu.

BACA: TTAHM Online: Raja Permaisuri Agong Rai Pembukaan 100 Kedai

BACA: Muzium Bukan Sahaja Pusat Tarikan Tetapi Juga Institusi Ilmu – Raja Permaisuri Agong

BACA: Ini Masa Wanita Bersama Cari Jalan Pulihkan Negara – Raja Permaisuri Agong

Lebih 30 helai batik tangan rekaan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang baharu akan dipamerkan di sana.

Batik tangan Che Minah Sayang yang popular dalam kalangan masyarakat Malaysia pernah dipamerkan dalam Pameran Fesyen Batik Malaysia anjuran Yayasan Budi Penyayang (PENYAYANG) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia pada 2021 lalu.

KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong semasa ditemui petugas Galeri Prima bertitah bahawa Institut Kraf Negara (IKN) kini sudah menjadi tempat permainan buat Baginda.

“Saya sudah datang ke sini sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mengusahakan bahagian ini sepanjang tempoh pandemik COVID-19. Ia menjadi terapeutik,” titah Seri Paduka Baginda.

Seri Paduka Baginda pernah dikurniakan idea dalam menghasilkan reka bentuk serta warna karya tersendiri dan menamakannya sebagai “Batik Tidak Sengaja”.

Namun yang demikian, Baginda bertitah, jika diminta untuk mengulangi reka bentuk dan warna “Batik Tidak Sengaja” tersebut, Baginda tidak dapat melakukannya sekali lagi dan ia sekaligus menjadikan batik tersebut sebagai barangan eksklusif.

Pada setiap helaian kain batik yang dihasilkan, Seri Paduka Baginda berkenan memberikan tandatangan Baginda dengan menggunakan nama panggilan Baginda, Zizzi.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda berkenan memberi nasihat buat semua masyarakat Malaysia untuk terus mengekalkan pembuatan batik di negara kita.

“Ini (cetakan blok) batik kita (Malaysia). Kita harus terus memperjuangkannya dan mengekalkan proses pembuatan batik ini.”

Jika dilihat, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan dan lebih menggemari untuk mengenakan baju yang dihasilkan dari Tenun Pahang Diraja, begitu juga dengan paduka-paduka anakanda Baginda.

“Sepupu mereka tanya daripada mana mereka dapat baju batik mereka. Anak lelaki saya beritahu mereka, ibu saya yang membuatnya. Ia membuatkan saya sangat bangga,” titah KDMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Dimaklumkan, Seri Paduka Baginda turut berkenan mengambil sebahagian daripada batik Tenun Pahang Diraja yang dihasilkan Baginda untuk dipamerkan dalam Minggu Kraf London pada Mei akan datang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: