Antarabangsa

Yayasan Anti Perhambaan Tajaan Barat Dikenal Pasti Culik Kanak-Kanak Ghana

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GHANA, 12 Julai 2023 – Sebuah pertubuhan kebajikan antarabangsa yang beroperasi dalam hal kebajikan anti perhambaan, The International Justice Mission (IJM) telah memusnahkan kehidupan sekurang-kurangnya dua buah keluarga di Ghana atas nama menyelamatkan anak-anak mereka daripada pemerdagangan kanak-kanak.

Perkara tersebut telah dibongkarkan menerusi sebuah penyiasatan penyamaran yang dilakukan oleh BBC Africa Eye yang mana hasil penyiasatan tersebut telah diterbitkan pada Isnin lalu.

BACA JUGA: Projek Lapangan Terbang Baharu Tioman Hanya Menguntungkan Pemaju – Aktivis

BACA JUGA: 100,000 Al-Quran Terjemahan Bakal Diedarkan Di Sweden Sumbangan Kuwait

BACA JUGA: Ternak Ayam Di Kandang Babi: Tauke Tiada Lesen Telah Dikompaun

Pihak BBC telah mengesahkan dua kes yang telah direkodkan di mana kanak-kanak telah diasingkan daripada keluarga mereka oleh pihak polis Ghana yang bertindak di bawah arahan IJM menerusi sebuah kejadian rampasan pada waktu malam.

Ahli keluarga mangsa yang mana sebahagiannya juga telah “diculik” pada tengah malam, juga telah dihukum dengan tuduhan menyeludup. Jika mereka memenangi kes tersebut, mereka akan jatuh papa kedana serta dipulaukan.

Manakala jika mereka kalah dalam perbicaraan, mereka akan menghadapi tindakan dipisahkan daripada anak-anak mereka selama bertahun-tahun.

Pada September 2022, pihak polis telah merampas empat orang kanak-kanak daripada sebuah kampung serta telah menangkap dua orang bapa saudara salah seorang daripada kanak-kanak tersebut.

Seorang wartawan yang menyamar, yang menyertai IJM telah memerhatikan bahawa pihak pekerja IJM menyatakan kepada pihak polis serta pihak perkhidmatan sosial bahawa kanak-kanak daripada kampung tersebut telah diseludup untuk dijadikan hamba.

IJM kemudiannya telah mengasingkan kanak-kanak tersebut selama empat bulan dengan dakwaan bahawa mereka berada di bawah risiko “buruh kanak-kanak” tanpa sebarang khabar berita. Namun pihak perkhidmatan sosial Ghana pula telah mengesahkan bahawa tiada sebarang penyeludupan yang telah berlaku.

Seorang pegawai senior IJM telah menyatakan kepada wartawan yang menyamar tersebut bahawa NGO itu mempunyai sistem kuota yang memerlukan jumlah “penyelamatan serta pertuduhan” bagi setiap tahun. Pekerja yang tidak dapat memenuhi kuota tersebut akan dinafikan kenaikan gaji serta diancam dengan kehilangan pekerjaan. Sehinggakan salah seorang pekerja mereka berkata.

“Kami tidak boleh kata kami tidak dapat walau seorang kanak-kanak, kami tetap kena dapatkan juga”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: