Tempatan

Pamer Produk Makanan Tamat Tempoh, JKNS Keluarkan 5 Notis Kesalahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 22 Januari 2023 – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mengeluarkan lima notis kesalahan susulan 132 produk makanan tamat tempoh yang dikesan masih dipamer untuk dijual.

“Lima notis 32B iaitu kesalahan di bawah peraturan 11(1)(j) dan Peraturan 14(9)(b) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 turut dikeluarkan semasa operasi ini dan nilai kompaun yang ditawarkan adalah sebanyak RM20,000,” kata Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman.

BACA JUGA: Terima Kasih PM Bagi Angpow Tahun Baru RM40 Juta – Wee Ka Siong

BACA JUGA: Penjara Atau Denda, Guna Jata Persekutuan Tanpa Kebenaran

BACA JUGA: Semakan Undang-Undang Pelawak Crackhouse Comedy Ditolak

Produk makanan itu dikesan menerusi Operasi Keselamatan Makanan yang dijalankan pada 9 hingga 13 Januari lalu sempena Tahun Baru Cina ini oleh pihak JKNS.

Menurut beliau, operasi yang dijalankan ke atas 43 premis oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) peringkat negeri bersama dengan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) itu turut mengesan 1,415 produk yang mempunyai bungkusan rosak seperti tin kemik, berkarat serta kembung.

Bagaimanapun, beliau berkata kesemua produk makanan itu telah pun dialihkan daripada rak pameran jualan untuk disita di bawah Seksyen 4(1)(f) Akta Makanan 1983 serta persetujuan pelupusan mengikut Seksyen 4(8) dalam akta yang sama.

Berikutan itu, beliau menyeru orang ramai agar sentiasa peka akan status keselamatan dan kualiti makanan yang dijual.

Beliau juga menyeru agar pengusaha pasar raya, pasar mini serta kedai runcit di seluruh Selangor untuk memastikan produk makanan yang dijual mematuhi keperluan perundangan sebagaimana yang termaktub di dalam Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: