Tempatan

Palestin: Tun M Kecewa Dengan Semua Pemimpin Dunia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 15 Mei 2021 – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa kecewa apabila pemimpin dunia yang banyak bercakap mengenai hak asasi manusia, tentang demokrasi tetapi ketika Israel melanggar semua undang-undang dan nominasi dunia, para pemimpin dunia hanya berdiam diri.

“Bahkan mereka tidak menyalahkan Israel yang melakukan jenayah terhadap kemanusiaan. Oleh kerana itulah, tidak akan ada penyelesaian untuk masalah antara Israel dan Arab. Kebanyakan negara Arab enggan mengenakan tekanan terhadap Israel sebaliknya ada yang ingin mewujudkan hubungan baik dengan rejim Zionis itu”.

“Dunia harus mengambil perhatian tentang perkara ini”.

“Mungkin mereka rasa ia dapat mengurangkan serangan terhadap Palestin tetapi saya tidak yakin usaha untuk bekerjasama dengan Israel ini akan menjadi sebab orang Palestin memperoleh kembali tanah mereka”.

Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan usaha negara Arab menjalinkan hubungan dengan Israel tidak memberi sebarang makna kepada perjuangan Palestin.

Beliau juga menyifatkan tindakan Israel melakukan kekejaman, sama seperti dilakukan Nazi terhadap Yahudi dahulu.

“Kami menyangka bahawa setelah menderita di bawah rejim Nazi, ketika berjuta-juta daripada mereka ditempatkan di kem konsentrasi, orang-orang Yahudi akan merasa simpati kepada mereka yang menderita”.

“Justeru, sudah tiba masanya kita mendapatkan pengiktirafan diplomatik dan diplomasi untuk menjelaskan kebenaran bahawa mangsanya adalah rakyat Palestin, bukan sebaliknya”.

Terbaru, sekurang-kurangnya 11 penduduk Palestin maut dalam pertempuran antara tentera Zionis dengan penduduk Palestin di Tebing Barat.

Sehingga hari ini, sebanyak 126 penduduk Palestin terbunuh termasuk 31 kanak-kanak, manakala lebih 920 cedera.

Jumlah kematian dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa apabila serangan udara tentera Zionis mengenai sebuah kem pelarian di sini, menyebabkan tujuh maut termasuk enam kanak-kanak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: