Antarabangsa

Palestin: Gencatan Senjata Dipersetujui, Kemenangan Milik Palestin – Briged Al-Qassam

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

BAITULMAQDIS, 21 Mei 2021 – Pejuang Hamas dan Zionis Israel bersetuju mengadakan gencatan senjata berkuat kuasa awal pagi Jumaat waktu tempatan hari ini, sekaligus menamatkan pertempuran yang berlangsung selama 11 hari bermula pada 7 Mei 2021 lalu.

Perkara ini disahkan oleh jurucakap Hamas dan Pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

Tepat pukul 2.00 pagi tadi waktu tempatan (7.00 pagi waktu Malaysia), tatkala bermulanya gencatan senjata, pemuda Palestin berkumpul antaranya di Al-Manara Square, Al-Khalil (Hebron), jalan-jalan Gaza dan Tebing Barat untuk meraikan kemenangan menentang zionis Israel dengan laungan takbir hari raya.

“Segala puji bagi Allah, yang telah memberi kemenangan kepada hamba-hambaNya dan mengalahkan musuh-musuhNya. Kami telah mencapai kemenangan tatkala kami melancarkan roket yang menghancurkan Tel Aviv,” kata Briged Al-Qassam.

“Kami telah mencapai kemenangan yang apabila rakyat negara haram Israel terkurung. Kami telah menang dengan negara yang mengakui mereka adalah negara terkuat di rantau.”

Tambah mereka, kemenangan ini adalah atas atas penyatuan rakyat Palestin, negara-negara Arab, dunia Islam dan antarabangsa.

“Kemenangan ini adalah kemenangan yang dikurniakan oleh Allah. Dan kemenangan ini buat penduduk Baitulmaqdis dan khususnya buat penduduk di Syeikh Jarrah. Ini adalah tentera Baitulmaqdis yang kita banggakan.”

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button