Tempatan

Palestin Berdarah: Kerajaan Jangan Buat Sidang Media Macam NGO – Dr. Noorazman Mohd Samsuddin

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 13 Mei 2021 – Presiden Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO), Dr. Noorazman Mohd Samsuddin menyeru kepada kerajaan Malaysia agar menghantar bantahan dan mengusulkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghantar askar-askar pengaman kepada rakyat Palestin di kawasan yang diserang.

“Kami ni NGO. NGO bolehlah buat sidang media macam ni. Kerajaan, buat sidang media buat apa? Dia ada kuasa, dia ada pengaruh. Dia ada sesuatu yang dia boleh buat. Jadi kita menyeru kepada kerajaan Malaysia, jangan buat sidang media macam kami. Kami NGO. NGO tak ada kuasa, tak ada power. Tapi kerajaan ada. Hantar bantahan. Buat sesuatu, sekatan. Usul kepada United Nation, hantar pengaman di kawasan-kawasan occupied.”

Tegasnya lagi, kerajaan perlu melakukan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang NGO mampu lakukan.

“Saya menyeru kepada pihak kerajaan kami NGO. NGO boleh cakap macam gini la (sidang media). Kami berdoalah. Tapi kalau kerajaan, jadi NGO, baik tak payah jadi kerajaan.”

“Saya cadangkan kepada pihak-pihak media, tolong highlight perkara ini. Tindakan di level kerajaan mesti lebih baik daripada tindakan NGO.”

Kenyataan ini dikeluarkan dalam sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Kondominium Villa Puteri, Kuala Lumpur pada 11 Mei 2021 lalu.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button