Tempatan

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-258 Ditangguh Ke Bulan Oktober

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-258 yang sepatutnya berlangsung hari ini ditangguhkan ke bulan Oktober.

Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mesyuarat itu ditunda ke tarikh 27 dan 28 Oktober 2021.

Perjumpaan dengan menteri besar dan ketua menteri pada 28 Jun, serta mesyuarat pra-majlis sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 29 Jun (semalam) turut ditunda.

Mesyuarat pra-majlis akan diadakan sehari lebih awal dari tarikh 27 Oktober 2021 manakala
perjumpaan dengan menteri besar dan ketua menteri pula akan diadakan pada 25 Oktober 2021 akan datang.

Ini merupakan kali kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ditangguhkan. Kali pertama adalah pada bulan Februari 2021.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: