Antarabangsa

Pakistan ‘Jual’ Ketua Al-Qaeda Kepada Amerika?

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AFGHANISTAN, 06 Ogos 2022 – Sebuah laporan mengutarakan spekulasi bahawa kematian pemimpin al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri, berkemungkinan mempunyai kaitan dengan Pakistan.

Menurut laporan tersebut, spekulasi ini timbul susulan kenyataan media Kementerian Luar Pakistan yang dilihat mengambil langkah ‘berjaga-jaga’ dalam menyusun atur kata ketika menyokong usaha Amerika Syarikat (AS) yang telah membunuh Ayman al-Zawahiri hujung minggu lalu.

“Pakistan menyelar keganasan dalam seluruh bentuk dan manifestasinya. Peranan dan pengorbanan Pakistan dalam perjuangan menentang keganasan diketahui ramai.”

“Pakistan berdiri bersama usaha menentang keganasan selaras dengan undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB yang berkaitan,” menurut kenyataan media tersebut.

Menurut laporan sama, ‘bibit-bibit’ yang mengaitkan Pakistan dengan kematian al-Zawahiri adalah pada ‘sikap’ kerajaan Pakistan yang dikatakan pernah menyuarakan sokongan kepada AS tetapi mengambil sikap berlepas tangan dalam masa yang sama.

Laporan tersebut memetik ucapan mantan Perdana Menteri Pakistan, Yousuf Raza Gilani yang telah berkata:

“Saya tak kisah kalau CIA lakukannya asalkan mereka dapatkan orang yang betul. Kita akan protes di National Assembly dan kita akan hiraukannya.”

Antara faktor lain yang didakwa ‘memungkinkan’ penglibatan Pakistan dalam hal ini adalah pembunuhan Ayman al-Zawahiri dikatakan terjadi beberapa hari setelah Ketua Tentera Pakistan meminta bantuan AS untuk sebuah rundingan bersama International Monetary Fund (IMF).

Justeru, laporan tersebut membangkitkan spekulasi berkemungkinan untuk Pakistan ‘menawarkan’ ketua al-Qaeda tersebut sebagai ‘habuan’ atas bantuan AS.

Namun, kerajaan Pakistan setakat ini menafikan sebarang penglibatan dalam kematian ketua tertinggi gerakan jihadis tersebut.

Baru-baru ini, Samudera.my pernah melaporkan tentang kematian pemimpin tertinggi gerakan al-Qaeda yang terbunuh dalam sebuah operasi oleh agensi CIA.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: