Antarabangsa

Kanak-Kanak Berusia 4 Tahun Kritikal, Dilanggar Lari Pendatang Haram Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BETHLEHEM, 07 OGOS 2023 – Seorang kanak-kanak Palestin berusia empat tahun kritikal akibat dilanggar lari seorang pendatang haram Israel, berhampiran bandar Bethlehem pada Ahad, lapor agensi berita rasmi Palestin Wafa.

Kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Jibril Sawarkah, dimasukkan ke hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. Insiden itu berlaku di kampung Kisan, berhampiran Tebing Barat.

Menurut sumber Palestin, budak lelaki itu berada berhampiran rumah bapanya apabila pendatang haram Israel itu melanggarnya dan melarikan diri dari tempat kejadian.

BACA JUGA : Cuaca Panas : Sungai Tembeling Mula Cetek

BACA JUGA : Perkhidmatan Feri Baru Pulau Pinang Tawar Tiket Percuma Hingga September

BACA JUGA : Kadar Pengangguran Bakal Stabil Pada Tahun 2025

Insiden itu berlaku selepas tentera rejim Israel membunuh tiga rakyat Palestin dalam satu serangan hendap, selepas tentera rejim Israel melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang dinaiki rakyat Palestin itu berhampiran bandar Jenin di utara Tebing Barat.

Media Palestin, memetik sumber tempatan berkata tentera rejim Israel melepaskan tembakan ke arah kenderaan itu berhampiran perkampungan Arraba di selatan Jenin. Mereka kemudian menghalang rakyat dan ambulans daripada menghampiri tempat kejadian.

Menurut laporan bulanan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Penentangan Tembok dan Penempatan Palestin, pada bulan Julai sahaja, pendatang haram dan tentera rejim Israel telah melakukan 897 serangan terhadap warga Palestin dan harta benda mereka.

Lebih 200 rakyat Palestin telah terbunuh akibat tindakan keganasan Israel di seluruh wilayah yang diduduki sejak awal tahun ini, kebanyakannya di Tebing Barat yang diduduki.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: