Pakistan ‘Bergegar’! Mantan PM Ditangkap
ISLAMABAD, 10 Mei 2023 – Protes besar-besaran meletus di Pakistan susulan penangkapan Imran Khan, mantan Perdana Menteri negara itu semalam.
Media antarabangsa melaporkan, Imran Khan telah ditangkap pada hari Selasa oleh pasukan separa tentera yang merempuh masuk sebuah mahkamah di Islamabad untuk menahannya atas pelbagai tuduhan rasuah.
BACA JUGA: Mi Segera ‘Beracun’ Kini Selamat Untuk Dimakan
BACA JUGA: Bilangan Hari Tanpa Hujan Lebih Banyak Bermula Minggu Depan
BACA JUGA: Kencing Di Tempat Wuduk Kompleks Imigresen, Lelaki Warga Singapura Ditahan
Dikatakan, beliau ditahan kira-kira jam 2.15 petang ketika mahu menghadiri perbicaraan kes Al-Qadir Trust di mana Imran dan isterinya, Bushra Bibi telah dituduh menerima berbilion-bilion rupee daripada firma hartanah kerana menghalalkan jumlah wang haram sebanyak ₹50 bilion.
“Beliau sedang menyerahkan data biometriknya untuk kehadiran mahkamah apabila pasukan separa tentera memecahkan tingkap dan menyerbu masuk sebelum menangkapnya.”
Susulan penahanan Imran Khan yang merupakan ahli parti Tehreek-e-Insaf (PTI) itu, berlaku satu protes ganas di bandar Quetta, Pakistan petang Selasa waktu tempatan, di mana seorang seorang penyokong Imran Khan ditembak mati oleh polis.
“Orang itu terbunuh apabila polis melepaskan tembakan amaran ke arah orang ramai yang menuju ke pusat pemeriksaan tentera. Penunjuk perasaan membaling batu ke arah polis dan membakar sebuah van polis sambil melaungkan menentang kerajaan dan tentera,” tambah media.
Selain itu, beberapa tangkapan telah dibuat di tempat kejadian, yang masih tegang.
Penangkapan dramatik dan mengejut bekas bintang kriket yang bertukar menjadi pemimpin itu adalah babak terbaru dalam beberapa bulan kemelut politik yang berterusan di negara bersenjata nuklear itu selepas Imran Khan digulingkan tahun lalu.
Beberapa jam selepas penahanannya, Amerika Syarikat (AS) berkata ia mengetahui apa yang berlaku di Islamabad tetapi pihaknya tidak mempunyai kata putus mengenai calon politik atau parti.
Tinjauan samudera.my di laman sosial mendapati penahanan Imran Khan turut mencetuskan protes secara global seperti di London.
Imran Khan protest goes global – A large number of Pakistanis are protesting Imran Khan’s arrest in front of Nawaz Sharif’s house in London. pic.twitter.com/34V68Ak46G
— Ashok Swain (@ashoswai) May 9, 2023