Tempatan

NFT Tertakluk Bawah SC Sekiranya Penuhi Definisi Token Digital

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Julai 2022 – Dalam jawapan sidang Parlimen semalam, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz telah memaklumkan bahawa Non-Fungible Token (NFT), sejenis token berbentuk digital, hanya akan tertakluk di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sekiranya memenuhi definisi token digital.

“Sesuatu token NFT hanya tertakluk di bawah kawal selia SC sekiranya ianya memenuhi definisi token digital atau mata wang digital yang telah ditetapkan sebagai suatu sekuriti,” ujar beliau dalam jawapan kepada soalan lisan.

Namun, menurut Tengku Zafrul, setakat ini masih belum ada token digital atau NFT di bawah kawal selia SC.

Beliau turut menyatakan bahawa pihak SC telah pun memperkenalkan rangka kerja khusus berkaitan mata wang digital dan token digital.

Jelasnya lagi, usaha terbabit dapat dilihat dalam penguatkuasaan Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Penetapan Sekuriti) (Mata Wang Digital dan Token Digital) pada tahun 2019; dan rangka kerja undang-undang bagi penawaran dan dagangan aset digital melalui Bursa Aset Digital (DAX).

“Pihak SC akan sentiasa memantau industri ini dan mengambil pendekatan berhati-hati dalam pengawalseliaannya,” ujar beliau lagi.

Semenjak dua ini, isu NFT hangat diperkatakan, di mana aset berbentuk digital tersebut telah mendapat perhatian dan penglibatan umum, termasuk syarikat-syarikat besar seperti syarikat pengeluar kereta Mercedes dan Lamborghini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: