Iqtisad Pribumi

Pakatan Anti Demokrasi – Label Semua “Ucapan Kebencian” Kerana Kita “Koyak”

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

Kita melihat Kerajaan baru ini dan para penyokong mereka semakin menunjukkan tabiat anti-demokrasi. Banyak komen di media sosial dan kenyataan politikus daripada Pakatan Harapan yang seolah-olah melawan demokrasi.

Apabila majoriti besar orang Melayu Islam mengundi Perikatan Nasional, mereka kondem seolah-olah pengundi Melayu melakukan dosa yang amat besar kepada negara. Ia hanyalah majoriti pengundi Melayu membuat pilihan. Kenapa penyokong Pakatan Harapan seolah-olah menyamakan pengundi Perikatan Nasional sebagai “syaitan”?

Sepatutnya biarlah orang Melayu nak undi siapa? Itu hak mereka dalam sistem demokrasi. Kenapa pilihan pengundi boleh dikutuk dan direndah-rendahkan?

Lim Lit Siang kata kalau “gelombang hijau” tidak dikekang, Malaysia akan jadi negara Islam lagi 10 tahun. Dalam temubual-temubual radio, sudah penyokong PH menidakkan suara majoriti. Daripada komen-komen media sosial, seolah-olah penyokong PH terutamanya bukan Melayu mahu semua orang Melayu sokong PH dan sesiapa tidak sokong PH sebagai bodoh dan ekstremis!

Ini belum masuk Kementerian Komunikasi dan Digital cuba mengawal konten media sosial. Kebanyakan konten yang dibuang, hanyalah sindiran terhadap tindakan bodoh Kerajaan. Di negara barat, sketsa kutuk politik jauh lebih teruk daripada ini.

Apa yang kurang di Malaysia hanya dialog? Kita boleh sewenang-wenangnya melabel semua benda “ucapan kebencian” (hate speech” hanya kerana kita “koyak”, hanya kerana ilmu otak kita tak mampu nak membalas sindiran, teguran orang ramai.

Apabila budak-budak TikTok sentuh sikit pasal sejarah 13 Mei, tak tentu arah orang sebelah sana! Setakat menghasut ni, saya lihat di negara barat, jauh lebih teruk. Di Malaysia ini, ketakutan saja lebih!

Dalam demokrasi, kalau betul lah nak menegakkan demokrasi, mesti ada prinsip:

1) Kebebasan bersuara.
2) Hormati suara majoriti.
3) Hormati pilihan orang lain.

Jangan kerana kalau mematuhi 3 prinsip di atas merugikan kepentingan politik dan peribadi kamu, kamu tak nak ikut. Kalau patuhi 3 prinsip itu menguntungkan kamu, baru kamu ikut!

Dalam ilmu politik, satu cabang penting ialah “social choice theory” (teori pilihan sosial). Sistem pengundian dikaji dan dibetulkan supaya suara dan pilihan golongan majoriti dapat diterjemahkan ke keputusan pilihan raya.

Kalau orang bukan Melayu hampir semua nak undi Pakatan Harapan, silakan, orang Melayu tak kisah. Tapi kenapa bila majoriti orang Melayu tiba-tiba sokong satu parti ini, orang Melayu marah dan kutuk? Adakah orang Melayu ni dianggap kayu? Tak tahu nak buat pilihan? Kalau mereka cuba melawan tab’ie, nak paksa ubah orang punya undi sebab mereka tak suka parti yang orang itu undi, maka bukankah itu anti-demokrasi?

Hezri Sardi
Biro Dasar, Perundangan dan Perhubungan Antarabangsa Armada Bersatu

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: