Antarabangsa

Pakaian Renang Muslimah Berisiko Jejaskan Servis Perkhidmatan Awam – Majlis Negara Perancis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PARIS, 09 Julai 2022 – Majlis Negara Perancis (Conseil d’État) berjaya menyekat satu bidaan yang memohon agar wanita Muslimah dibenarkan untuk memakai pakaian renang penuh menutup aurat atau lebih dikenali sebagai burkini.

“Pengecualian yang sangat selektif kepada peraturan untuk memenuhi tuntutan agama…berisiko menjejaskan fungsi perkhidmatan awam yang sepatutnya dan layanan sama rata terhadap pengguna mereka,” kata mahkamah pentadbiran tertinggi Perancis itu.

Keputusan penolakan itu juga disambut dengan gembira oleh Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin.

“Keputusan mahkamah pada Selasa merupakan ‘satu kejayaan dalam undang-undang menentang pemisahan, untuk sekularisme dan seterusnya, untuk seluruh republik’,” ujarnya dalam laman Twitter.

Menurut Al-Jazeera, bidaan itu diketuai oleh Datuk Bandar Grenoble, Eric Piolle dari Green Party. Dalam bidaan itu, beliau memohon agar semua jenis pakaian renang wanita dibenarkan untuk dipakai, tidak hanya tertakluk kepada kostum renang tradisional wanita dan seluar pendek untuk lelaki (trunk) yang dikuatkuasakan sebelum ini.

Perancis mengharamkan burkini kononnya atas faktor kebersihan di kolam renang milik kerajaan, bukannya atas faktor agama.

Ogos 2016 yang lalu, berpuluh bandar di Perancis menguatkuasakan larangan pemakaian burkini dengan alasan burkini melanggar undang-undang sekularisme negara berkenaan.

Terdahulu, Dewan Perwakilan Perancis meluluskan satu rang undang-undang membenarkan pemantauan ketat di masjid, sekolah dan kelab sukan.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron mendakwa bahawa Rang Undang-Undang “Mendukung Kehormatan Prinsip-Prinsip Republik” diluluskan bagi melindungi Perancis daripada kumpulan radikal Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: