Antarabangsa

Pakai Tudung, Tutup Aurat Adalah Satu Ancaman – Human Rights Watch

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 24 Julai 2022 – Sebuah pertubuhan antarabangsa Human Rights Watch menggesa Presiden Indonesia Joko Widodo agar membatalkan peraturan pemakaian tudung yang disifatkan sebagai sebuah diskriminasi, penyalahgunaan hak wilayah dan melanggar hak wanita.

Pemangku Pengarah pertubuhan tersebut, Elaine Pearson berkata keputusan untuk mewajibkan perempuan Muslim memakai tudung dan mengenakan pakaian menutup aurat adalah satu diskriminasi dan penyalahgunaan kod pemakaian.

“Peraturan ini akan mendatangkan mudarat dan harus dihentikan oleh kerajaan pusat.”

Pertubuhan itu menggesa kerajaan Indonesia untuk memberi kuasa kepada Kementerian Dalam Negeri untuk membatalkan peraturan pemakaian tudung, yang dikatakan bercanggah dengan undang-undang negara dan perlembagaan Indonesia.

Bermula pada tahun 2001, pihak berkuasa tempatan di tiga daerah di Indonesia iaitu Indramayu dan Tasikmalaya di wilayah Jawa Barat, dan Tanah Datar di Sumatera Barat telah mengeluarkan peraturan pemakaian tudung sebagai perintah eksekutif dan peraturan itu telah berkembang dengan cepat ke seluruh wilayah di Indonesia sejak dua dekad lalu.

Peraturan itu telah mewajibkan wanita Islam di Indonesia untuk memakai tudung serta memakai baju yang lengan panjang dan skirt panjang.

Kini, hampir 150,000 sekolah di 24 wilayah majoriti Muslim di Indonesia telah menguatkuasakan peraturan pemakaian tudung tersebut berdasarkan peraturan tempatan dan negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: