NGO

Pakai Sopan Dalam Persembahan, PERKASA Kedah Sokong MB

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Kenyataan Media
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA KEDAH)

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA KEDAH) merujuk kepada kenyataan media YAB MENTERI BESAR KEDAH di laman artikel: https://www.malaysiakini.com/news/715093.

Perkasa Kedah menyokong segala usaha kerajaan negeri dalam mengetatkan dengan menggariskan garis-garis panduan sebelum meluluskan sebarang permohonan untuk mengadakan konsert di negeri jelapang padi ini. Perkasa juga mengambil maklum bahawa keputusan meluluskan akan diperincikan serta akan diputuskan di dalam Mesyuarat EXCO kerajaan Negeri Kedah.

Perkasa Kedah juga menggesa mana-mana penganjur yang ingin membuat pesta hiburan agar menghormati garis panduan yang telah disediakan oleh kerajaan negeri dan tidak membawa sebarang anasir-anasir negatif yang boleh merosakkan minda rakyat negeri Kedah terutama generasi anak muda dalam setiap persembahan yang hendak dilakukan.

Perkasa Kedah juga menggesa agar EXCO kerajaan negeri juga menyiasat terlebih dahulu pihak penganjur yang mahu mengadakan sebarang pesta hiburan di Kedah. Dan sudah tentu kita tidak mahu perkara negatif yang berlaku sebelum ini berulang kembali jika tiada siasatan terperinci dahulu dibuat.

AZROL BIN MANSOR
Ketua Penerangan
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(PERKASA KEDAH)

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: