Tempatan

Pahang Tubuh Unit Peronda Hidupan Liar, Pantau Kegiatan Langgar Akta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 29 Julai 2023 – Satu pasukan khas dikenali sebagai Unit Peronda Hidupan Liar Pahang telah ditubuhkan bagi memantau dan melaksanakan penguatkuasaan terhadap semua tindakan yang melanggar Akta Hidupan Liar, kata YAB Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menurut beliau, ia adalah atas nasihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam satu sidang kemuncak ‘1st Pahang Tiger Summit’ semalam, beliau turut berkata bahawa Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Pahang sedang dalam proses melaksanakan pewartaan rizab harimau yang terdiri daripada dua fasa menjelang akhir 2028.

BACA JUGA: Manfaatkan AI Dalam Pembangunan Sektor Agromakanan

BACA JUGA: Hampir 1,000 Tentera Simpanan Zionis Israel ‘Tarik Diri’, Protes Kerajaan Netanyahu

BACA JUGA: Dokumen Buktikan White House Tekan Facebook Untuk Tapis Konten

“Warta bagi Fasa Satu merangkumi keseluruhan kawasan Hutan Simpan Gunung Aais dan rizab tambahannya sebagai hutan perlindungan hidupan liar melalui notis warta bertarikh 4 Mei tahun ini yang meliputi kawasan seluas 92,649 hektar.”

Manakala, baki kawasan seluas 41,533 daripada rizab harimau itu pula akan dilaksanakan melalui warta Fasa Dua melibatkan Hutan Simpan Tekai-Tembeling.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyentuh isu penerokaan hutan secara haram yang perlu ditangani oleh pentadbiran negeri.

Menurutnya, isu berkenaan menyebabkan negeri mengalami kerugian jutaan ringgit ekoran hasil hutan yang dibawa keluar secara haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sekali gus membawa kepada kemusnahan hutan dan habitat hidupan liar.

Dalam sidang kemuncak itu, ujar Wan Rosdy ia merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri untuk memulihara Harimau Malaya yang kini berada di ambang kepupusan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: