Tempatan

Pahang Tingkat Insentif Pemenang Pingat Emas SUKMA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 08 Ogos 2024 – Kerajaan Negeri Pahang menerusi mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) telah bersetuju agar kadar insentif untuk pemenang pingat emas bagi atlet Pahang yang bertanding di Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 di Sarawak ditingkatkan.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail menerusi satu kenyataan berkata, melalui insentif ini, setiap pemenang pingat emas atlet individu akan menerima insentif RM6,000, berbanding RM4,000 sebelum ini.

Manakala, setiap pemenang pingat emas atlet berkumpulan akan menerima insentif RM2,000 setiap seorang, berbanding RM1,000 sebelum ini.

“Peningkatan kadar insentif ini adalah sebagai menghargai komitmen dan usaha gigih para atlet yang telah bersungguh-sungguh berlatih dan berkorban untuk meningkatkan imej Negeri Pahang dan memajukan bidang sukan di negeri ini.

Saya berharap para atlet SUKMA Pahang dapat mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dalam mengharungi saingan SUKMA Ke-21 yang akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini dengan penuh keazaman dan kecekalan terutamanya dalam memburu pingat emas,” katanya.

Dalam kenyataan sama, beliau turut menitipkan ucapan selamat berjuang kepada semua atlet SUKMA Pahang serta menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda negeri ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: