Tempatan

Pahang Mohon Peruntukan RM414 Juta Baiki Jalan Rosak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 10 Mei 2023 – Kerajaan Negeri Pahang telah memohon peruntukan sebanyak RM414 juta bagi membaiki jalan persekutuan dan negeri di seluruh negeri itu.

Lapor media, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, permohonan peruntukan dan kelulusan diterima bagi membaiki struktur pavemen jalan persekutuan dan negeri.

Menurut beliau, “Kerajaan Negeri telah memohon sebanyak RM414,290,423.05 bagi kos pembaikan jalan persekutuan. Namun demikian kelulusan peruntukan pembaikan jalan persekutuan sehingga 7 Februari 2023 sebanyak RM47,788,500.”

BACA JUGA: Imam Masjidil Aqsa Sekali Lagi Ditahan Perisik Rejim Haram Aparteid

BACA JUGA: Cuaca Terik, Kos Bil Air Zoo Negara Meningkat

BACA JUGA: Diherdik Dengan Pernyataan Perkauman, Pelajar Kumpulan Minoriti Tinggalkan Kem Matematik

Bagi kos pemulihan jalan negeri pula, Kerajaan telah memohon sebanyak RM200.4 juta bagi membaiki jalan negeri, kampung dan peruntukan MARRIS, namun hanya menerima sebanyak RM72.8 juta setakat 7 Februari lalu, katanya.

“Lokasi laluan yang dimaksudkan ini merupakan Jalan Persekutuan FT236-FT1500. Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang telah mengemukakan permohonan peruntukan bagi pembaikan jalan kepada pihak Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ), JKR Malaysia pada 3 Januari 2023 untuk pertimbangan dan kelulusan oleh pihak Kementerian Kerja Raya (KKR). Kerja-kerja pembaikan hanya akan dilaksana setelah kelulusan peruntukan dari KKR diperolehi kelak.”

Mengulas lanjut, beliau turut memaklumkan bahawa JKR negeri itu telah menerima sebanyak RM80,349,825.09 bagi bayaran kemajuan projek naiktaraf dan bina baru infrastruktur jalan pada tahun 2022.

“Untuk makluman, JKR Pahang telah menerima RM 80,349, 825.09 pada tahun 2022 bagi tujuan bayaran kemajuan projek naik taraf, bina baru infrastruktur jalan di bawah KKDW dan JAKOA. Ini tidak termasuk kerja-kerja yang dilaksanakan oleh KKDW dan JAKOA sendiri atau agensi lain,” tambah beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: