Tempatan

Pahang Minta JAIP, JAKOA Bantu Selesai Isu Hak Jagaan Anak Orang Asli

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 30 Mei 2023 – Kerajaan Pahang meminta Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang membantu dalam menyelesaikan isu perebutan hak jagaan anak orang Asli yang tular baru-baru ini.

Menerusi hantaran laman Facebook, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, “Kerajaan Negeri telah meminta pihak Penasihat Undang-Undang Negeri untuk meneliti secara terperinci bidang kuasa yang bertepatan dengan undang-undang yang ada di mahkamah seandainya boleh dibuat proses rayuan atau tuntutan dari pihak anak atau keluarga yang mensabitkan jika terdapat unsur-unsur penderaan. Ini bertujuan membantu agar hak pihak yang teraniaya khususnya anak ini dapat dipelihara sebaik-baiknya.”

Tambah beliau, Kerajaan Negeri juga bersimpati terhadap kanak-kanak itu seandainya wujud unsur penderaan dari mana-mana pihak.

BACA JUGA: Ribut Kencang Langgar Kota Bharu

BACA JUGA: Pihak Berkuasa Cuba Robohkan Masjid Bersejarah Di China

BACA JUGA: 3 Bulan Selepas Dipanggil Fahmi Fadzil, Telegram Mengaku Tak Akan Buat Tapisan Politik

“Jika perkara ini benar-benar terbukti pasti Kerajaan Negeri tidak akan berdiam diri. Kebajikan anak ini sudah pasti tidak akan diabaikan samada dari sudut agama ataupun pembelajaran dan kebajikan. Cuma isu ini baru dalam pengetahuan pihak berwajib setelah mendapat proses mahkamah,” ujar Syed Ibrahim.

Dalam pada itu, JAIP dan JAKOA Pahang turut digesa membantu dalam perkara-perkara yang boleh dan dibenarkan mengikut undang-undang, sekiranya kanak-kanak perempuan berkenaan ada di Pahang dan memohon bantuan.

Tegasnya, “Kita yakin perkara ini tidak menjadi sebarang kekusutan daripada mana-mana pihak dan hak anak ini dapat dibela sebaik-baiknya mengikut bidang kuasa mahkamah.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: