Pahang Bakal Perkenal Sistem Kod QR Bayar Zakat Fitrah
KUANTAN, 02 Julai 2023 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bercadang memperkenalkan sistem kod QR untuk membayar zakat fitrah mulai tahun hadapan.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Baitulmal dan Operasi MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, sistem tersebut akan dimulakan bagi menjamin keselamatan duit kutipan tersebut.
Menurutnya, seramai 934 amil bertauliah dilantik untuk menyampaikan taklimat dan latihan dalam usaha melaksanakan hasrat tersebut.
BACA JUGA: Mahkamah Persekutuan Tolak Undang-Undang Pencen ‘Tidak Berperlembagaan’
BACA JUGA: Ramalan Cuaca Khas Sempena Hari Raya Aidiladha
BACA JUGA: Aidiladha: Penjawat Awam Dapat Cuti Tambahan, Swasta Tidak Tertakluk
“Pihak kami cuba untuk menggunakan Kod QR ini supaya keselamatan duit kutipan zakat mereka itu lebih terjamin. Sebelum ini pun tidak timbul masalah dengan duit dalam pegangan mereka … tidak ada pun kita terima laporan berkaitan kehilangan atau sebagainya.”
“Kita bercadang untuk meningkatkan dan menambah cara pembayaran oleh kerana merasakan perlu mengikut peredaran zaman dan kebanyakan di tempat lain sudah pun menggunakan cara ini,” ujar beliau kepada media tempatan.
Lanjutan itu, Dr Asmadi turut memaklumkan, peranan amil Pahang akan diperluas dalam membantu MUIP termasuk mengenal pasti golongan fakir miskin supaya tiada yang terlepas menerima bantuan.