Terkini

Paderi Atasan Vatican Terpalit Kes Amang Seksual ‘Intern’ Sendiri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KANADA, 17 Ogos 2022 – Kardinal Marc Ouellet, salah seorang paderi di Vatican, telah terpalit dalam kes melibatkan amang seksual yang turut melibatkan lebih kurang 88 orang paderi dan pekerja di kawasan Quebec, Kanada.

Laporan menyatakan bahawa Marc Ouellet didakwa telah menyentuh seorang pelatih wanita, termasuk di bahagian belakang dan bahu wanita tersebut. Marc Ouellet juga dikatakan telah menyebut kata-kata yang tidak menyenangkan kepada pelatih tersebut.

Kes tersebut merupakan sebuah tuntutan mahkamah yang dikemukakan oleh lebih kurang 100 individu, termasuk kanak-kanak yang mendakwa telah diamang secara seksual oleh paderi-paderi dan petugas gereja yang bertugas di kawasan Quebec.

Wanita tersebut dikatakan telah membuat laporan tentang peristiwa berkenaan secara terus kepada pihak Vatican, namun setakat ini masih belum ada sebarang kata putus berkenaan isu tersebut, menurut laporan.

Marc Ouellet kini merupakan salah seorang paderi di Vatican yang bertanggungjawab menasihati Pope Francis dalam urusan pelantikan paderi-paderi kepada “Bishop”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: