Tempatan

Padah Buang Sampah Tepi Pantai, Pekerja Pembersihan Dibuang Kerja

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 16 Ogos 2023 – Seorang pekerja kontrak pembersihan diberhentikan kerja serta-merta kerana bersalah membuang sampah pukal ke tepi Pantai Lido seperti yang tular di media sosial.

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berkata, tindakan tegas itu diambil selepas pihaknya mengenal pasti pelaku serta syarikat kontraktor terbabit.

“MBJB telah mengenalpasti pelaku serta syarikat kontraktor yang berkaitan dan telah mengarahkan agar kerja-kerja pembersihan dilaksanakan semula di kawasan berkaitan.”

Menurutnya, kerja-kerja pembersihan semula dijalankan dengan segera oleh pihak kontraktor pada hari kejadian.

BACA JUGA: Transformasi Sungai Skudai Bakal Menjadi Sungai Contoh

BACA JUGA: Kadar Kematian Lebih Tinggi Berbanding Sewaktu Pandemik, KKM Perlu Siasat: Mantan Pensyarah

BACA JUGA: Kementerian Pertimbang Tidak Perbaharui Lesen Taska Tiada CCTV

Dalam pada itu, MBJM turut memaklumkan pihaknya telah mengeluarkan surat amaran kepada kontraktor berkaitan dan mengarahkan menandatangani surat Aku Janji bagi memastikan perkara ini tidak berulang.

Hal ini turut mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Melalui perkongsian di platform media sosial X, Tunku Ismail mendedahkan tangkapan skrin perbualannya dan Datuk Bandar Johor Baru Datuk Noorazam Osman, sebagai jawapan kepada pengguna yang meminta kontrak syarikat itu ditamatkan.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video perbuatan tidak bertanggungjawab pekerja pembersihan yang bertindak membuang sampah di tepi Pantai Lido.

Perbuatannya disedari oleh seorang wanita yang menghentikan kenderaan di lokasi di hadapan Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas pulang bersenam pagi.

Ketika meninjau pantai berkenaan, wanita itu mendapati lokasi terbabit dipenuhi dengan plastik sampah dipercayai dibuang pekerja pembersihan itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: