Tempatan

P-Hailing: Tak Setuju Tapi Dicaj RM4 Ribu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 05 Disember 2021 – Tanpa persetujuan bersama, syarikat penyedia penghantar makanan mengenakan caj kepada vendor yang kononnya mahu meningkatkan peratus visibility restoran mereka.

“Saya yang tak ambil apa-apa promo pun kena kerat sampai RM4k. Terus terminate dan off gadget on the spot.” Ini antara luahan mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan P-Hailing.

“Setiap orang klik kedai kita, syarikat P-Hailing akan caj RM0.60/0.70. Maksimum RM2k sebulan. Tak kira sama ada orang klik itu beli atau tidak. Tetap caj. Saya kena RM1,8++ untuk bulan September dan Oktober walau tak pernah setuju terima promo,” luah seorang lagi vendor.

Ada juga kes vendor berhutang dengan syarikat disebabkan klik promosi tersebut.

Oleh itu beliau menasihati vendor lain untuk tidak bersetuju dengan butang klik itu.

“Jangan ambil sis. Saya ni siap berhutang dengan syarikat, masih ada baki RM500 lagi. Sales pun sendu selepas itu.”

Nantikan pendedahan-pendedahan lain berkaitan syarikat penyedia penghantar makanan daripada Samudera.my minggu hadapan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: