Orang Ramai Takut Menderma Selepas Wujud Dakwaan Penyelewengan Dana
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
INDONESIA, 12 Julai 2022 – Orang ramai menzahirkan rasa bimbang dan takut untuk menderma melalui mana-mana institusi selepas pertubuhan sosial dan kemanusiaan ACT (Aksi Cepat Tanggap) dilaporkan melakukan penyelewengan dana oleh kalangan pegawai pertubuhan ACT itu sendiri.
Seorang penduduk menyatakan bahawa kes penyelewengan yang didakwa tersebut telah mengurangkan kepercayaan terhadap institusi sosial kemanusiaan dan adalah lebih baik beramal terus ke masjid.
“Kalau hendak bersedekah, lebih baik sedekahkan ke masjid atau rumah anak yatim terdekat.”
Sependapat dengan Dikki adalah Padri yang meluahkan kekecewaan mengenai perkara tersebut kerana orang ramai kerap menderma melalui pertubuhan tersebut.
Bagi Padri yang mahu mengelak kes serupa berlaku, menurutnya, adalah lebih selamat untuk menderma terus ke masjid terdekat atau kepada orang yang memerlukan.
Sebelum ini, Presiden ACT (Aksi Cepat Tanggap), Ibnu Khajar mengakui mengambil dana dari derma yang dibuat oleh orang ramai untuk keperluan operasi institusi itu, namun hanya kira-kira 13.7 peratus sahaja.
Justeru, Kementerian Hal Ehwal Sosial (Kemensos) telah membatalkan permit Kutipan Wang dan Barangan (PUB) yang telah diberikan kepada ACT. Pembatalan kebenaran kepada ACT dinyatakan dalam Surat Keputusan Menteri Sosial Republik Indonesia yang ditandatangani oleh Menteri Sosial Ad Interim Muhadjir Effendi pada 5 Julai 2022.
Pusat Laporan dan Analisis Transaksi Kewangan (PPATK) memaklumkan akan meneliti institusi dermawan lain berikutan dakwaan penyelewengan dana oleh pertubuhan sosial dan kemanusiaan ACT itu.