Tempatan

Orang Ramai Boleh Jadi Mata Telinga Kerajaan, Elak Bencana Alam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 April 2023 – Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meenakshi Raman menyeru agar semua tapak projek yang diperuntukkan untuk pembangunan dihebahkan supaya tiada pihak boleh mengambil kesempatan sehingga mengakibatkan bencana alam yang teruk.

Menurutnya, jika projek itu dihebahkan, orang ramai boleh menjadi mata dan telinga Kerajaan bagi memastikan langkah-langkah perlu diambil untuk mengelakkan sebarang kegagalan cerun atau tanah runtuh.

BACA JUGA: Guru Mangsa Phone Scam, Rugi RM91 Ribu

BACA JUGA: 8,000 Penjawat Awam Pahang Bakal Terima Bantuan Khas Aidilfitri 2023

BACA JUGA: Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM Kesal Kerajaan Buang Nikotin Dari Akta Racun

Beliau berkata, pembukaan tanah yang tidak bertanggungjawab misalnya, boleh menyebabkan kegagalan cerun dan tanah gelincir.

“Apabila tanah digondol, hujan lebat boleh menyebabkan air larian tanah yang ketara dan menghasilkan tanah runtuh, membahayakan nyawa penduduk berhampiran, serta menyebabkan sungai melimpah dan mengakibatkan banjir kilat di hilir,” jelasnya.

Sementara itu, pakar alam sekitar Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul menggesa pihak berwajib menghentikan pembangunan di atas bukit yang curam.

Tegasnya, penebangan hutan yang berlebihan untuk pembinaan baharu telah menghilangkan akar pokok, sekali gus menjadikan cerun itu amat tidak stabil.

Beliau juga menggesa pejabat tanah dan pakar geologi menggunakan kepakaran mereka untuk menjalankan kajian sebelum meluluskan projek di kawasan berbukit dan tapak lombong tebus guna dan menaiktaraf sistem perparitan daripada reka bentuk yang digunakan beberapa dekad lalu.

Terdahulu, Jabatan Mineral dan Geosains mengesahkan kewujudan 254 lokasi cerun kritikal di seluruh negara, yang tertumpu terutamanya kepada kawasan berpenduduk padat dan ekonomi.

Sabah mempunyai bilangan cerun terbanyak, 36, diikuti Perak (25), Johor (25), Pahang (25), Terengganu (25), Kelantan (25), Selangor (21), Sarawak (21), Negeri Sembilan (19), Pulau Pinang (13), Kedah (8), Melaka (6), Perlis (4), dan Kuala Lumpur (1).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: