Tempatan

“Orang Melayu Sudah Sampai Puncak Kesabaran” – Syed Hassan Syed Ali

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 FEBRUARI 2022 – Setiausaha Agong PERKASA, Syed Hassan Syed Ali menegaskan supaya jangan mempolitikkan isu agama yang baru-baru ini tular dan memberi amaran bahawa orang Melayu sudah hampir ke puncak kesabaran.

Baca: Ayah Sendiri Minta Kami Pertahan Keislaman Anak-Anaknya – Mufti Perlis

Baca: Enakmen Islam Perlis Bertentangan Keputusan Mahkamah Persekutuan – Dr P Ramasamy

Baca: Perlis perlu murtadkan 3 Kanak-Kanak – Ramkarpal

“Saya sebagai Setiausaha Agong PERKASA memberi amaran bahawa orang Melayu dah hampir kepuncak kesabarannya, bila-bila masa sahaja boleh meletup,” katanya hari ini.

Jelasnya, isu ini sering kali menjadi perdebatan jika ia melibatkan pertukaran agama lain ke agama Islam seolah-olah ketidakadilan telah berlaku. Namun, hal ini tidak menjadi masalah jika pertukaran agama itu berlaku hanya melibatkan agama selain agama Islam.

“Bila bertukar kepada agama Islam mesti ada pihak yang cuba menangguk di air yang keruh,” ujarnya.

Beliau mengingatkan pemimpin-pemimpin parti politik Melayu supaya tidak terlalu taksub berebut kuasa sehingga Islam tergadai.

Beliau menyeru supaya para pemimpin parti politik Melayu supaya bersatu untuk menentang mereka yang mengganggu-gugat umat Islam.

Ramasamy, yang dahulunya tidak pernah berbunyi namun kini tiba-tiba muncul apabila mendapat tahu anak-anak itu telah memeluk Islam turut diingatkan bahawa Malaysia adalah negara majoriti Muslim, umat Islam pasti bangkit dengan caranya yang tersendiri.

“Tunggu kami akan bangkit, kami bukan kuat seperti mana kerajaan kamu bangsa kamu di India tetapi ada caranya kami akan buat supaya kamu ingat bahawa majoriti dalam negara ini adalah umat Islam,” tegas Syed Hassan lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: