Tempatan

Orang Melayu Lemah, Mudah Pihak Lain Jalankan Agenda

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Mac 2023 – “Dalam keadaan pemimpin politik Melayu yang lemah dan berpecah ini maka amat mudah untuk pihak lain menjalankan agenda mereka,” luah aktivis, Hj Aminuddin Yahaya susulan insiden bertimpa-timpa yang disifatkannya sebagai mencabar kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Dalam masa seminggu dua ini sudah berlaku 3 insiden yang dilihat mencabar kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. Insiden-insiden ini ialah :- Filem ‘Mentega Terbang’, Perarakan Wanita Sedunia ‘Pelangi’, Program lawatan ke gereja.”

BACA JUGA: Pendakwah Gesa Kerajaan Perpaduan Tidak Tunduk Desakan LGBT

BACA JUGA: “Jom Ziarah Gereja”: Ketua Pemuda UMNO Tidak Teragak-Agak Halang Program

BACA JUGA: MP DAP Kalah Kes Saman, Diarah Bayar RM2 Juta

“Saya tidak pasti apakah ini satu bentuk tekanan yang tersusun yang bertubi-tubi atau hanya kebetulan. Apa pun ianya tetap mengganggu perasaan, pemikiran dan sensitiviti umat Islam.”

Ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu, beliau juga tidak yakin rakyat dapat menikmati perpaduan apabila saban hari orang Islam sentiasa ditekan.

“Bagaimanalah rakyat akan dapat menikmati perpaduan kalau saban hari orang Islam sentiasa ditekan? Lebih malang apabila perkara ini cuba ditimbulkan di dalam Parlimen, MP berkenaan telah ditekan sehingga beliau terpaksa menarik balik kenyataan yang mempersoalkan kejadian perarakan tersebut.”

Tegas beliau, “serangan-serangan” halus kepada minda dan jiwa umat Islam sebegini sewajibnya tidak berlaku.

“Saya yakin mereka tahu umat Islam akan marah. Kenapa masih berdegil dan terus menekan pemikiran umat Islam?”

“Dengan peristiwa ini saya menjangkakan adalah sesuatu yang mustahil akan berlaku perpaduan di kalangan rakyat pelbagai agama. Macam mana mahu bersatu kalau umat Islam sentiasa ditekan? Logik akal pun takkan boleh terima,” kata Hj Aminuddin.

Berikutan itu, beliau percaya perkara ini boleh diselesaikan jika Kerajaan mengambil tindakan yang tegas dan umat Melayu kembali bersatu.

“…jika Kerajaan tidak mengambil tindakan yang tegas saya yakin perkara ini tidak akan berhenti di sini malah akan ada lagi kejadian yang menekan pemikiran dan jiwa umat Islam. Dalam keadaan pemimpin politik Melayu yang lemah dan berpecah ini maka amat mudah untuk pihak lain menjalankan agenda mereka,” kata beliau lagi dengan gusar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: