Tempatan

Hentikan Berat Sebelah SUHAKAM – Fauzi Asmuni

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

1.Suhakam ditubuhkan oleh kerajaan, maka ia sepatutnya menjadi suruhanjaya yang membawa mesej kerajaan secara jelas. Jika ia berkait perjuangan membela hak asasi manusia, ia sepatutnya memperjuangkan hak asasi berdasarkan tafsiran perlembagaan Malaysia dan budaya tempatan.

2. Dalam beberapa isu, kita melihat Suhakam memilih-milih isu hak asasi yang mana yang akan diperjuangkan dan yang mana yang akan disenyapkan. Semuanya berpunca dari rujukan yang digunakan oleh Suhakam dalam perjuangan mereka.

3. Saya mencadangkan agar kerajaan bertegas supaya Suhakam memperjuangkan hak asasi manusia berlandaskan batas dan ruh perlembagaan dan undang-undang negara, juga sentiasa merujuk kepada budaya tempatan dan kedudukan Islam sebagai agama negara.

4. Apa yang berlaku adalah Suhakam sentiasa menjadikan deklarasi hak asasi manusia antarabangsa 1948 sebagai rujukan. Dari situ segala apa yang lahir dari deklarasi itu juga akan diperjuangkan oleh Suhakam. Ini termasuklah apa-apa konvensyen antarabangsa seperti hak lgbt, icerd dan sebagainya.

5. Pilihan Suhakam untuk merujuk sepenuhnya kepada deklarasi hak asasi manusia 1948 itu membuatkan mereka di masa yang sama bergerak menentang perlembagaan dan menidakkan budaya tempatan. Jika ini berterusan, cadangan Suhakam untuk membuat kajian tentang gender ketiga akan disusuli dengan banyak lagi langkah lain yang akan mengukuhkan pandangan Barat dalam isu hak asasi manusia. Isu solat oleh pekerja muslim, isu paksaan penjualan arak terhadap pekerja muslim dan lain-lain isu seumpamanya tidak akan sama sekali diangkat oleh Suhakam sampai kiamat.

6. Jika berterusan begini, pada saya Suhakam sudah hilang fungsinya. Kerajaan patut menamatkan sahaja suruhanjaya tersebut dan menubuhkan yang baru. Anggota suruhanjaya Suhakam sedia ada yang suka sangat dengan hak asasi manusia versi Barat, biarkan mereka tubuhkan badan sendiri dan bergerak menggunakan dana sendiri.

Wallahul Musta’an

PAUTAN ASAL: https://t.me/FauziAsmuni

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: