Tempatan

Ops Khas Lampu Isyarat Merah: Saman Motosikal Paling Banyak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 5 Oktober 2022 – Kenyataan media Polis Diraja Malaysia (PDRM) awal pagi tadi mendedahkan bahawa penunggang kenderaan jenis motosikal mencatatkan bilangan saman tertinggi dalam sebuah Operasi Khas Lampu Isyarat Merah yang dilaksanakan.

Dalam 16,163 jumlah saman tidak mematuhi lampu isyarat yang dikeluarkan, 8,211 saman adalah keatas kenderaan jenis motosikal, diikuti kereta (6,083), lain-lain kenderaan (1,055), lori (528), van (264), dan bas (22).

Bagi kenderaan jenis “lain-lain” ia melibatkan kenderaan seperti motosikal roda tiga, kenderaan pacuan empat roda, treler dan traktor.

Pihak PDRM juga telah mengeluarkan sebanyak 24,276 saman bagi kesalahan lain selain melanggar lampu isyarat merah.

Selain dari saman, 8 tangkapan telah dibuat ekoran kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, dan 6 lagi tangkapan telah dibuat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

PDRM menegaskan supaya pengguna jalan raya mematuhi isyarat lalu lintas bagi mengelakkan kemalangan, sekaligus memelihara keselamatan pengguna lain.

“PDRM memandang serius sikap dan trend pengguna jalan raya yang mewujudkan risiko kemalangan ekoran tidak memberhentikan kenderaan di lampu isyarat,” tegas PDRM lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: