Tempatan

Ops Gerak: 3 Kenderaan Diesel Ditahan Gagal Mematuhi Piawaian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUCHONG, 18 Januari 2023 – Tiga buah kenderaan berenjin diesel telah ditahan dalam Operasi Statik Bersepadu “Ops Gerak” pada Selasa lalu dan didapati gagal mematuhi piawaian yang ditetapkan.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkata, ketiga-tiga kenderaan berkenaan didapati gagal mematuhi had ketumpatan asap yang dibenarkan iaitu 50% di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

BACA JUGA: Bencana ASF Pulau Pinang: Lagi 4 Ladang Babi Dijangkiti

BACA JUGA: AMARAN Hujan Berterusan Bagi Pantai Timur Hingga Ahad Ini

BACA JUGA: Rakyat Perlu Sedar, Bahaya CPTPP Bukan Kecil

Susulan penahanan dilakukan, tiga Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, AKAS 1974 dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang terlibat.

Ops Gerak bersepadu kawalan pelepasan daripada kenderaan berenjin diesel dilakukan oleh pihak JAS Selangor dengan kerjasama cawangan Peronda Lebuhraya (EMPV) Zon Tengah A2(1), Lebuhraya Damansara-Puchong telah dijalankan di Plaza Tol Puchong Barat.

Sepanjang tempoh operasi berlangsung, sejumlah 498 buah kenderaan diesel telah disaring dan 108 buah kenderaan diesel telah ditahan dan diuji.

“Para pemilik kenderaan berenjin dinasihatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, AKAS 1974,” kata jabatan tersebut dalam satu kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: