Tempatan

Operasi Potong Letrik 57 Premis Judi Di Kedah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA MUDA, 13 Ogos 2022 – Sebanyak 57 buah premis di sekitar daerah Kuala Muda yang menjalankan aktiviti perjudian telah dikenal pasti dan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik bermula Januari lalu hingga Ogos 2022.

Operasi pemotongan elektrik itu dilaksanakan oleh pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dengan kerjasama juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah melalui satu hantaran yang dibuat di laman rasmi Facebook miliknya.

Terdahulu, samudera.my melaporkan kenyataan tegas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor. mengenai semua pusat judi di Kedah akan ditamatkan operasi pada hujung tahun ini memandangkan kerajaan Kedah tidak akan memperbaharui lesen mereka kerana ia antara salah satu langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi mengekang aktiviti-aktiviti maksiat yang hanya membawa kemudaratan kepada rakyat.

“Kita akan perkenal beberapa langkah baharu yang akan diumum kemudian. Seperti hujung tahun ini, semua premis judi di negeri ini akan menamatkan operasi mereka selepas kita tidak lagi memperbaharui lesen berkenaan,” tegas beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: