Tempatan

Operasi Ketenteraan AS Di Syria, Seorang Maut, Ramai Cedera

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SYRIA, 12 Jun 2023 – Pihak tentera Amerika Syarikat (AS) telah menjalankan operasi ketenteraan di daerah Hasakah di timur laut Syria yang telah membunuh sekurang-kurangnya seorang warga awam dan menyebabkan yang lain cedera.

Perkara tersebut telah dilaporkan oleh agensi berita rasmi Syria, SANA. Operasi tersebut dilaporkan telah dijalankan di kampung Salham di tenggara bandar al-Shadadi pada Ahad lalu.

Menurut sumber tempatan, serangan dari pihak tentera AS itu telah dijalankan dengan bantuan beberapa kumpulan militan Kurdi yang disokong oleh Washington, yang mana kumpulan-kumpulan tersebut mempunyai hubungan dengan Syrian Democratic Forces (SDF).

BACA JUGA: Masjid Pertama Anti-Gempa Dijangka Siap Ogos Ini

BACA JUGA: Musim Durian Suram, Cuaca Tidak Menentu

BACA JUGA: Generasi ‘Undi 18’ Cukup Matang Untuk Buat Keputusan Sendiri – MP

Sumber menyebutkan bahawa serangan udara tersebut telah dilakukan dengan cara tembakan rambang yang dahsyat yang mensasarkan kediaman-kediaman orang awam dan tanah-tanah pertanian di sekitarnya.

Tentera penceroboh AS dan kumpulan-kumpulan militan tersebut dilaporkan mengepung kampung tersebut serta menembak sesiapa sahaja yang cuba meninggalkan kawasan itu.

Pihak tentera AS telahpun menempatkan tentera serta alatan ketenteraan mereka di kawasan timur dan timur laut Syria dengan alasan kononnya untuk menghalang kumpulan pengganas Daesh daripada mengambil alih kawasan yang mempunyai sumber minyak di situ.

Namun Damsyik telah mengeluarkan kenyataan bahawa penghantaran tentera AS ke kawasan-kawasan tersebut adalah semata-mata untuk merampas sumber negara Arab itu.

Bahkan mantan presiden AS, Donald Trump turut beberapa kali menyatakan bahawa keberadaan tentera AS di Syria adalah untuk mendapatkan penguasaan sumber minyak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: