Terkini

Ganggu Kententeraman, Penempatan Warga Asing Digempur Pihak Berkuasa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BUKIT MERTAJAM, 13 Februari 2023 – Kawasan perumahan di Taman Nagasari, Perai digempur oleh pihak berkuasa baru-baru ini susulan tular di media sosial berhubung kebanjiran warga asing yang dipercayai mencetuskan rasa ketidaktenteraman awam di kawasan terbabit.

BACA JUGA: Melayu Tamak, Lemah Pentadbiran Punca Kehilangan Tanah Rizab

BACA JUGA: Perkhidmatan Awam: Ini Soal Gaji, Bukan Peluang & Perkauman – Wan Ahmad Fayhsal

BACA JUGA: Qatar Sumbang Kabin Piala Dunia Buat Turkiye Dan Syria

Memetik kepada sebuah berita tempatan, seramai 37 tangkapan dibuat dalam operasi berkenaan di mana dua daripadanya membabitkan tangkapan berkait kes jenayah manakala 35 daripadanya adalah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang kesemuanya merupakan warga Nepal dan Myanmar.

Menurut Ibu Pejabat Polis (IPD) Seberang Perai, kehadiran warga asing itu dikatakan telah mencetuskan kebimbangan serta rasa tidak selamat dalam kalangan penduduk setempat.

Sehubungan itu, pihak IPD telah merancang operasi bersepadu yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner, Tan Cheng San bagi memantau serta menguatkuasakan tindakan ke atas kesalahan yang menyalahi undang-undang.

Operasi itu turut disertai oleh beberapa agensi termasuklah Jabatan Imigresen, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Pulau Pinang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Terdahulu, sebuah media melaporkan bahawa kawasan berkenaan seolah-olah menjadi ‘tawanan’ warga asing apabila mereka berani untuk menjalankan perniagaan kedai runcit, dandanan rambut serta menternak ayam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: