Tempatan

Penganjur Funfair Berdepan Hukuman Penjara Atau Denda RM50,000

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELANGOR, 15 Disember 2022 – Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (DOSH) Selangor, Baharuddin Mamat memaklumkan bahawa penganjur funfair di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor bakal berdepan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM50,000.

Tindakan berkenaan mengikut Seksyen 17 (1) dan (2), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 akan dikenakan sekiranya penganjur tersebut didapati cuai memastikan tahap keselamatan alat permainan dalam keadaan baik sebelum operasi.

Tambah Baharuddin Mamat, kegagalan pihak majikan untuk mematuhi peruntukan perundangan sedia ada di bawah Seksyen 19 AKKP 1994 boleh menyebabkan pihak berkenaan didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa pihaknya kini masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan bagi memperoleh punca kemalangan.

“Siasatan awal yang kita peroleh mendapati, ia bukan berpunca dari keadaan cuaca tetapi lebih kepada mangsa tercampak keluar dari cage (sangkar). Sehubungan itu, kami berpendapat ia merupakan kecuaian pihak penganjur yang tidak memeriksa peralatan sebelum beroperasi.”

Baru-baru ini, satu tragedi telah berlaku di sebuah ‘funfair’ di Eco Grandeur Bandar Puncak Alam apabila dilaporkan dua wanita dan seorang kanak-kanak cedera selepas tercampak keluar ketika menaiki permainan dikenali sebagai ‘sotong ride’.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: