NGO

5 Syarikat Umrah Jual Semula Tiket Penerbangan, PUTRA Gesa Kerajaan Ambil Tindakan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Apabila melibatkan mengeksploitasi, menganiaya pelanggan dengan harga terlampau tinggi bagi pasaran yang sebenar oleh syarikat yang memonopoli mengurus urusan mengerja umrah amatlah dikesali, tidak bertanggungjawab apatah lagi bila membabitkan urusan ibadat yang sepatutnya dibuat dan diurus secara telus dengan rahmat Allah S.W.T.

Mengautkan keuntungan yang melampau adalah juga menghina Allah S.W.T.

Beberapa agensi umrah di negara ini didakwa membolot tiket penerbangan disediakan syarikat penerbangan tempatan untuk ke Tanah Suci. Pengurusan syarikat penerbangan tempatan juga tahu mengenai isu ini, namun tiada penyelesaian dan apakah ada kepentingan pihak-pihak tertentu.

“Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, mengikut harga semasa, tiket penerbangan umrah hanya sekitar RM2,700 hingga RM2,800 tetapi dijual semula oleh agensi terbabit sekitar RM4,800 hingga RM5,000. Mereka hanya membayar sekitar 10 peratus deposit untuk membeli keseluruhan tiket bagi satu penerbangan. Ini menyebabkan agensi umrah terutama yang kecil tak dapat beli terus tiket dengan syarikat penerbangan kerana semua tempat duduk sudah dibolot. Perbuatan ini sudah lama berlarutan dengan sekurang-kurangnya 120,000 tiket penerbangan ke Tanah Suci dijual semula dalam tempoh setahun.”

PUTRA menggesa Kerajaan mengkaji semula prosedur operasi umrah dan mengambil tindakan membetulkan eksploitasi yang tidak bertanggungjawab ini. Agensi dalam industri yang sama patut bekerjasama dengan semua pihak untuk memastikan keuntungan yang tidak melampau serta zalim sama mereka, dan menyelaras antara satu sama lain untuk memberi manfaat kepada kumpulan Jemaah Umrah untuk beribadat dan bukannya bersaing secara “monopoli” dan mengaut keuntungan yang melampau dan bersifat tamak serta jahat memeras keringat jemaah yang miskin tapi komited untuk mengerjakan umrah.

Tingkah laku anti-persaingan ini boleh membawa kepada harga yang lebih tinggi dan membebankan yang akhirnya pelanggan menjadi mangsa. Ianya sama seperti harimau makan ayam kampung.

PUTRA menyarankan Kerajaan bersama agensi-agensi yang terlibat untuk menetapkan harga tambang tetap berdasarkan harga tetap yang ditentukan oleh syarikat penerbangan bagi mencapai pasaran melebihi normal serta pulangan dan menang-menang kepada semua pihak.

PUTRA menggesa Kerajaan mengambil tindakan pantas menyiasat perbuatan monopoli tiket penerbangan untuk umrah kerana ianya sudah berlarutan begitu lama. Sememangnya urusan ibadat selalunya syaitan kuat mengangu dan menggoda.

PUTRA PERKASA NEGARA

Shahrulufti Sharif
Ketua Penerangan PUTRA Malaysia

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: