Tempatan

Nelayan Mohon Subsidi Peralatan Tangkap Ikan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGE TOWN, 30 September 2022 – Kumpulan nelayan memohon pihak Kerajaan memperuntukkan subsidi peralatan tangkap ikan dalam pembentangan Bajet 2023 bagi mengurangkan tanggungan kos mereka.

Timbalan Pengerusi Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING), Mohd. Faizal Mohd. Zabri berkata, subsidi minyak sahaja tidak membantu nelayan kecil secara menyeluruh.

Malah menurutnya mereka lebih memerlukan bantuan dari segi subsidi alat menangkap ikan kerana kos membaiki peralatan tersebut semakin meningkat dan hasil tangkapan juga tidak boleh dijual dengan harga tinggi bersesuaian dengan kos peralatan.

“Sekiranya Kerajaan boleh beri subsidi untuk alat-alat tangkap ikan, kemungkinan nelayan sebelah pantai dapat kelebihan daripada subsidi, kira adil dengan apa yang bot besar dapat. Bagi pendapat peribadi saya, nak bagi subsidi minyak tu boleh dan tak bagi pun tidak mengapa sebab ia terlalu sikit,” katanya.

Faizal turut menjelaskan bahawa alat menangkap ikan perlu ditukar setiap bulan bagi memastikan aktiviti tersebut berjalan tanpa sebarang masalah, tetapi ia menelan kos melebihi RM150.

“Macam saya sendiri pakai pukat senangin, sekarang ini mencecah RM145 untuk satu. Sekiranya koyak dua perlu tukar dua, dahulu harganya hanya RM75 sahaja sekarang ia meningkat terlalu tinggi. Bila kita bawa naik ikan, ada pula pihak kata harga ikan terlalu mahal. Mereka tak tahu berapa peningkatan kos yang dialami oleh kami,” luah beliau.

Beliau turut berpendapat sekiranya Kerajaan ingin meluluskan subsidi peralatan menangkap ikan, ia boleh disalurkan melalui persatuan yang dipertanggungjawabkan dan bukan kepada premis perniagaan yang menjual peralatan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: