Antarabangsa

Omicron Sumbang 73% Kes Jangkitan Di US, Sudah Atasi Delta

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

AMERIKA SYARIKAT, 23 Disember 2021 – Varian Omicron kini menjadi varian coronavirus yang paling dominan mengatasi Delta di Amerika Syarikat pada minggu lepas, menyumbangkan 73.2% jangkitan baru COVID-19, menurut data dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat.

Menurut data terbitan CDC, varian Delta pula sekadar menyumbangkan 26.6% jangkitan sahaja minggu lalu.

Ketua Penasihat Perubatan Presiden, Dr Anthony Fauci telah menjangkakan bahawa Omicron bakal menjadi varian COVID-19 yang paling dominan kerana mempunyai sifat sebagai “virus COVID yang paling cepat merebak” yang wujud.

Para saintis sedang berusaha gigih memberi penerangan kepada masyarakat awam supaya mereka faham tentang kemampuan Omicron untuk menjangkiti ramai orang pada masa yang sama, sekaligus boleh membebankan sistem penjagaan kesihatan yang sekarang sedia terbeban dengan jumlah pesakit di wad.

Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) terus menggesa rakyatnya untuk mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 sebagai usaha untuk mengatasi ancaman yang dibawa oleh omicron.

Pakar-pakar perubatan berkata, memandangkan Omicron lebih mudah tular dan mampu melepasi imunisasi semulajadi dan yang dibina menerusi vaksin, suntikan dos penggalak adalah diperlukan bagi mengukuhkan perlindungan berterusan melawan COVID-19.

Leave a Reply

Back to top button