Tempatan

Ombak Besar, Harga Ikan Kembali Meningkat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA KEDAH, 10 Disember 2022 – Harga ikan dan hasil tangkapan laut di Kedah meningkat sejak sebulan lalu disebabkan faktor cuaca seperti ombak besar, lapor sebuah portal tempatan.

Menurut portal itu, tinjauan di pelantar ikan Kampung Seberang Kota, Kedah, mendapati harga ikan kembung dijual antara RM10 hingga RM12 sekilogram bergantung pada saiz dan jenis berbanding harga di pasar awam sekitar RM15 hingga RM17 sekilogram.

Hal ini berikutan ramai nelayan tidak dapat turun ke laut akibat ombak besar sekali gus menyebabkan hasil tangkapan kurang berbanding permintaan.

Mohd Fisol Md Isa, 52, seorang perniaga berkata, jualan hasil ikan di pelantar yang sebelum ini dilakukan pagi dan petang, kini hanya dibuat pada sebelah pagi disebabkan pendaratan ikan yang berkurangan.

Ujar seorang lagi peniaga ikan, Ahmad Hashim, 76, harga bergantung pada hasil tangkapan dan selain ikan kembung, harga sotong turut melonjak daripada RM20 hingga RM25 sekilogram menjadi RM30 hingga RM35 sekilogram.

“Harga ikan lain dan udang juga naik, ikut hasil tangkapan setiap hari,” katanya.

Perkara ini turut disahkan oleh Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Abdul Hamid Bahari yang mengakui hasil tangkapan ikan berkurangan disebabkan Monsun Timur Laut.

“Kita mempunyai 50,000 hingga 60,000 nelayan di negara ini namun sebahagian besar yang turun ke laut adalah bot besar kelas C manakala bot pesisir pantai hanya turun ke laut bergantung pada cuaca dan keadaan ombak.”

“Apabila ikan berkurangan tetapi permintaan tinggi, harganya meningkat kerana pengaruh kos operasi.”

Walau bagaimanapun, beliau menjangkakan hasil tangkapan pulih hujung bulan ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: