Tempatan

PTPTN: Potong Gaji Bermula 1 November, Diskaun 15 Peratus

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Oktober 2022 – Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz menyatakan bahawa Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun sebanyak 15 peratus kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang membuat bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.

Diskaun yang sama juga diberikan kepada mereka yang membayar balik sekurang-kurangnya 50 peratus baki hutang dalam sekali bayaran.

Perkara ini diumumkan dalam pembentangan Bajet 2023 pada Jumaat baru-baru ini.

Kata Tengku Datuk Seri Zafrul lagi, jumlah diskaun 20 peratus pula diberikan kepada mereka yang membuat penyelesaian penuh hutang PTPTN.

Pemberian diskaun ini berkuat kuasa 1 November depan sehingga 30 April 2023.

“Kepada peminjam PTPTN yang perlu membayar hutang mereka, tanggungjawab itu hendaklah dilunaskan.”

“Ini sudah jelas, malah menjadi tuntutan dalam agama. Jika tidak dibayar, kita menafikan hak anak-anak Keluarga Malaysia untuk meraih peluang yang sama,” kata beliau lagi.

Sebelum ini, Kerajaan mengumumkan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua pelajar yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: