Tempatan

Keluar Tahanan, Gadis Komedi 15 Juzuk Ditahan JAWI Pula

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Julai 2022 – Siti Nuramira Abdullah, seorang wanita yang didakwa menghina Islam dalam sebuah persembahan komedi telah dibebaskan dengan ikat jamin di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, namun ditahan semula oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Menurut laporan Berita Harian, gadis tersebut yang dikatakan telah mencetuskan kontroversi di sebuah kelab komedi di ibu kota telah menandatangani Borang Jamin pada pagi ini untuk dibebaskan daripada tahanan reman.

Peguamnya, R. Sivaraj telah memaklumkan tentang penahanan gadis berkenaan, dan beliau turut memaklumkan bahawa anak guamnya itu akan didakwa di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur sama ada pada Rabu atau Khamis ini.

“Nuramira ditahan sepasukan pegawai JAWI dan difahamkan dia akan didakwa di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, pada esok atau lusa.” Jelasnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa anak guamnya itu ditahan dan disiasat di bawah kesalahan menghina atau menyebabkan Islam dipandang hina.

“Difahamkan Nuramira ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 559).”

Sekiranya disabitkan kesalahan, Siti Nuramira boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 3,000, penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: