Antarabangsa

Negara Arab ‘Haram’ Tayangan Filem Baru Spiderman, Dipercayai Promosi Transgender

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ABU DHABI, 19 Jun 2023 – Beberapa negara Arab telah ‘mengharamkan’ tayangan filem susulan Spider-Man yang dipercayai mengandungi unsur mempromosikan golongan transgender.

Lapor media Timur Tengah, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Qatar, Kuwait, Oman dan Bahrain didakwa tidak menyenaraikan filem ‘Spider-Man: Into the Spider-Verse’ dalam ruang ‘Akan Datang’ di rangkaian pawagam utama negara mereka.

Menurut laporan, filem itu telah mencetuskan perdebatan atas talian berhubung watak Gwen Stacy apabila adegan filem menunjukkan papan tanda bertulis ‘Lindungi Kanak-Kanak Trans’.

BACA JUGA: “Biseksual, Gay, MSM Digalakkan Memohon” – Universiti Tempatan

BACA JUGA: Musolla Malakat Mall Tak Dibenar Dirikan Solat Jumaat

BACA JUGA: KMUM Bantah Arahan Pembatalan Konsert, Gesa KPT Tarik Balik Arahan

Dalam pada itu, Majlis Media UAE menegaskan bahawa ia ‘tidak akan membenarkan pengedaran atau penerbitan kandungan yang bertentangan dengan nilai dan prinsip UAE dan piawaian kandungan media yang berkuat kuasa di negara itu’.

Walau bagaimanapun, pihak mereka tidak memberikan sebarang butiran lanjut atau merujuk kepada mana-mana kandungan tertentu.

Sementara itu, penduduk tempatan Saudi, Abdullah Al-Oufi berkata, “Saya menyokong arahan untuk tidak menayangkan filem ini. Kami tidak mahu menunjukkan kepada generasi akan datang bahawa ini adalah sesuatu yang normal.”

Tegasnya, “Ia tidak normal, agama kami memberitahu kami, hanya ada jantina lelaki dan perempuan sahaja.”

Terdahulu, lebih dari 12 negara majoriti Muslim menolak tayangan filem ‘Lightyear’ dari klasik Pixar – ‘Toy Story’ apabila 50% watak-wataknya membawa karakter gay dan Pixar menayangkan babak ‘same-sex-kissing’.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: