Norway Sekat Majlis Bakar Al-Quran Atas Sebab Keselamatan
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
OSLO, 04 Februari 2023 – Norway memutuskan untuk menyekat sebuah rancangan majlis bakar al-Quran daripada diteruskan atas faktor keselamatan, kata Inspektor Polis Oslo, Martin Strand dalam sebuah kenyataan.
“The police emphasise that burning the Quran is a legal political statement in Norway, but this event can’t go ahead due to security concerns.”
Pihak polis melaporkan, sekumpulan penunjuk perasaan telah merancang untuk membakar senaskhah al-Quran di luar kedutaan Turkiye, Oslo Jumaat baru-baru ini.
Mereka melarang tindakan itu beberapa jam selepas Kementerian Luar Turkiye, Mevlut Cavusoglu memberi amaran kepada Duta Norway.
BACA JUGA: Setelah Nurul Izzah, Kali Ini Tuduhan Babitkan Speaker Dewan Rakyat
BACA JUGA: Sejarah Hak Perlembagaan Negeri-Negeri Melayu & Orang Melayu – Datuk Profesor Madya Dr. Shamrahayu
BACA JUGA: Ribut Petir Dan Hujan Lebat Berterusan Sehingga Rabu Depan
Tegas Mevlut, “You saw what happened in Sweden, the Netherlands and Denmark. The same thing was going to happen in Norway. Today, we summoned the Norwegian ambassador. And they withdrew the permission they granted.”
Mevlut juga menegaskan bahawa tindakan Norway yang tidak menghalang perbuatan provokatif itu, tidak boleh diterima dan Turkiye menjangkakan ianya tidak dibenarkan.
Tambah beliau, jenayah terhadap kemanusiaan bukan kebebasan bersuara malah ia merupakan jenayah kebencian.