Tempatan

Air Sungai Meningkat, 2 Pusat Rekreasi Perlis Ditutup

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PADANG BESAR, 16 Ogos 2023 – Dua pusat rekreasi di Perlis ditutup serta-merta untuk sementara waktu berikutan peningkatan paras air sungai akibat hujan lebat selama beberapa hari di seluruh negeri itu.

Jabatan Perhutanan negeri memaklumkan, dua pusat rekreasi yang terbabit adalah Gua Kelam dan Taman Eko Rimba Bukit Ayer.

“Segala aktiviti rekreasi air di jambatan gantung Gua Kelam 1 dan Taman Eko Rimba Bukit Ayer ditutup sementara bermula pada 15 Ogos 2023 sehingga ke satu tarikh dimaklumkan kelak akibat daripada faktor cuaca dan peningkatan paras air sungai yang berada pada tahap berbahaya,” menurut notis makluman yang dikeluarkan.

BACA JUGA: Sabah Boleh Perluas Bilangan Spesies Terancam – Timbalan Menteri

BACA JUGA: Padah Buang Sampah Tepi Pantai, Pekerja Pembersihan Dibuang Kerja

BACA JUGA: DPPK Bantah Jemputan Terbuka Pesta Songkran

Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Awang Shaffie Awang Ahmadni berkata, peningkatan paras sungai dan arus deras air di dalam gua berkenaan menyebabkan ia melimpah keluar gua.

Arus air di Taman Eko Rimba Bukit Ayer juga dilaporkan tidak selamat sehingga mengundang risiko bahaya kepada pengunjung.

Namun begitu, aktiviti-aktiviti lain di dua lokasi berkenaan seperti Galeri Gua Kelam, Rumah Cermin, Eksplorasi Gua Kelam 2, Kolam Renang Bukit Ayer dan Rimba Herba Perlis masih dibuka seperti biasa buat orang ramai.

“Aktiviti-aktiviti lain ini dibuka seperti biasa kepada orang ramai bermula pada pukul 9 pagi sehingga 6 petang,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: