Tempatan

NGO Rayu Sabah Ditukar Kepada Negara Dengan Lapan Negeri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA KINABALU, 10 Julai 2023 – Sebuah NGO tempatan merayu kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menukarkan status Sabah kepada negara yang mengandungi lapan negeri.

Menurut Presiden Pertubuhan Orang Asal Malaysia Timur (POAMAT), Maslan Maginda, apabila negeri itu dibahagikan kepada kawasan pentadbiran yang lebih kecil sama seperti Semenanjung, ia akan membuat pentadbiran serta pembangunan ekonomi menjadi lebih cekap.

“Ia akan menjadi lebih baik daripada sistem residensi yang digunakan sewaktu pentadbiran British.”

“Malah, ramai yang tidak mengetahui, satu atau dua kawasan di Sabah di Pantai Barat dipanggil sebagai ‘negeri’ sewaktu pemerintahan Brunei.”

“Negeri-negeri itu sepatutnya dengan jumlah lapan, termasuk Labuan. Penstrukturan baharu akan memberikan Sabah pembangunan ekonomi yang lebih terurus dan lebih pantas dengan kemudahan asas disediakan untuk komuniti negeri,” katanya.

BACA JUGA: Rosakkan Monumen Purba Colosseum, Pelancong England Bakal Berdepan Hukuman Penjara

BACA JUGA: 100 Ibu Bapa Protes Bantah Pengajaran Bahan LGBT Di Sekolah

BACA JUGA: Cipta Lagu Hina Mekah & Madinah, Netizen Tuntut Polis India Ambil Tindakan

Tambah Maslan, kerajaan Negeri kemudiannya akan menjadi kerajaan negara Sabah di bawah Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor sebagai Perdana Menteri Sabah yang pertama dengan Parlimen serta negeri-negeri mempunyai Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Kabinet masing-masing.

“Saya membuat rayuan ini untuk menyuarakan hasrat sebilangan besar rakyat Sabah yang telah lama mahukan Sabah setanding dengan sistem pemerintahan di Semenanjung.”

“Dengan format pentadbiran yang baharu ini tidak akan ada lagi aduan mengenai Sabah sebagai negeri ke-13 Malaysia yang sepatutnya,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, POAMAT turut merayu agar Datuk Seri Panglima Jeffrey Kitingan, Timbalan Ketua Menteri pertama yang pernah menyuarakan hasrat yang sama pada masa lalu agar meneruskan impian tersebut dengan segera.

Hal ini kerana, katanya, ia telah menjadi impian kebanyakan rakyat Sabah selama bertahun-tahun.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: